Sunday, October 17, 2010

Pengembaraan Di Bumi Kemboja


Kebanyakan Umat Islam di Kemboja masih lagi berada pada tahap kemiskinan dan sara hidup yang serba sederhana. Malahan ramai di antara mereka dilihat terlibat dalam bidang pertanian dan perikanan yang juga menjadi sumber utama kepada isi rumah.




Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan.
Pekerjaan Rasmi Anak-Anak Muda di sana "Membanting Padi" utk Menyara Keluarga


Selain itu hal kanak-kanak kecil bagi saya terlalu menyayat hati. Ada di antara mereka hanya berkaki ayam dan terlalu mudah untuk dijangkiti penyakit. Di dalam kehidupan yang cukup sederhana, ada di antara mereka yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi sudah mampu untuk menyara diri sendiri walaupun di usia yang masih terlalu muda.
Tempat Mempelajari Agama Islam dan dijadikan juga sebagai Sekolah spt Era Malaya tahun 50-an


Dari soal pendidikan pula, Islam disana tetap berkembang dengan pesat walaupun di dalam keadaan yang cukup daif. Dengan berlantaikan tanah dan berbumbungkan awan, tempat pembelajaran dan tenaga pengajar yang cukup terhad tidak mematahkan semangat anak-anak muda di sana untuk mempelajari ilmu agama. Bayangkan bagaimana jika mengutip ilmu di tempat yang cukup memilukan itu tentunya bukan sahaja ilmu yang diajarkan terus diserap tetapi ilmu persekitaran juga dapat di pelajarinya.
Rumah Usang sebegini biasa dimiliki oleh penduduk kemboja

Dari segi Kediaman dan kemudahan asas juga dilihat sesuatu yang serba kekurangan. Memasuki ke dalam rumah mereka membuatkan hati saya cukup tersentuh. Keperluan air juga hanya diperoleh daripada sungai yang terdekat yang belum tentu bersihnya. 

Perkara yang paling menyedihkan yang mungkin ramai di antara rakyat Malaysia tidak tahu ialah umat islam di sana cukup di hina dan di pandang rendah oleh masyarakat lainnya kerana memiliki kehidupan yang cukup daif.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam khususnya, apa yang anda rasa jika terdapat umat islam yang lainnya dihina? Bantulah mereka sedaya-upaya yang termampu.

No comments:

Post a Comment