Thursday, October 21, 2010

Hulurkanlah Sumbangan Qurban Anda

Berikut adalah beberapa foto yang kami sempat ambil semasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat kemboja. Selain itu anda juga berpeluang melawat blog sahabat kami di misikemboja dikelolakan oleh Saudara Tn Hj Ramli
Masing-masing sudah tidak sabar ingin menghulurkan sumbangan

Presiden MASSA ASSOCIATES SDN BHD En Shukor memegang riel yang telah terkumpul oleh Penyumbang Derma


"Kasihan" Kanak-kanak Kemboja beratur panjang menunggu giliran penerimaan sumbangan dari kami
Sumbangan Ikhlas diberikan terus ke tangan kanak-kanak kemboja oleh En Shukor
Sekolah Tahfiz yang begitu usang
Sebelum pulang kami sempat melawat ke tempat yang di katakan sebagai sekolah tahfiz untuk mereka menimba ilmu pengetahuan agama. Anda lihatlah sendiri betapa daifnya mereka.Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Tuesday, October 19, 2010

Mengapa Kemboja Sebagai Negara Pilihan Qurban

Kami memilih negara kemboja sempena menyambut hari raya qurban kali ini adalah kerana daripada hasil penelitian dan pengalaman berada di sana dapat disimpulkan bahawa :

  • Kemiskinan yang melampau dan mereka terlalu daif.
  • Kekurangan zat makanan terutama anak-anak.
  • Jarang mendapat makanan berkhasiat seperti daging lembu,kambing dsb.
  • Mengelakkan pembaziran kerana mereka akan menggunakan semua bahagian lembu, tiada yang akan terbuang atau membazir.

Terdapat beberapa faktor yang membuat hati kami begitu tertarik untuk membantu rakyat islam di kemboja.

Anak-anak yang tidak berbaju dan pakaian yang koyak.

Ini pula keadaan anak kecil yang bekerja sebagai pengutip sampah bagi menyara keluarganya.

Bayangkan Ini adalah Anak @ Sedara Mara Anda?



Ini pula kenapa kami kaitkan dari segi keperluannya di Malaysia :
  • Biasanya orang kita bermewah-mewah dan lebih menyukai daging ayam.
  • Harga lembu yang agak tinggi
  • Mungkin sesetangah bahagian lembu tidak digunakan spt perut, kepala lembu dsb.
  • Kurang aktiviti dijalankan seperti bantuan kemasyarakatan spt bergotong-royong melapah daging lembu dsb.

Monday, October 18, 2010

Kemiskinan Di Kemboja

"Anak-anak Harapan"
Mereka Kekurangan Zat Makanan "Sanggupkah anda Melihat Umat Islam semakin pupus dari muka bumi?"
Wajah – wajah anak kecil yang begitu memilukan ini mungkin perlu diberi perhatian oleh sesetengah pihak yang turut sama membantu meringankan beban mereka ketika negara itu sedang dilanda tahap kemiskinan yang melampau. Paparan gambar ini mungkin boleh membantu anda membuat keputusan untuk merubah bumi islam di kemboja menjadi lebih ceria.
Mereka begitu dahagakan ilmu. Bantulah mereka dengan buku, alatan tulis, baju dsb. Semoga Anda boleh merubah kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah mengenal apa itu kesenangan dalam hidup, malah mereka begitu menagih simpati dari orang ramai khususnya kepada dunia bahawa mungkin terdapat umat islam lainnya terlupa kepada mereka walaupun berbagai-bagai usaha telah dilakukan di dalam penyaluran wang kepada rakyat miskin.
"Tanpa Baju, tiada kasut, gigi tak bergosok" Apa yang anda lihat hanyalah paparan biasa kehidupan disana.

Sanggupkah kita melihat wajah ini lagi terpapar di skrin blog tanpa ada sedikit belas kasihan untuk membantu meringankan beban mereka di dalam menghadapi kesulitan hidup.
Mengharap Ayah Pulang Membawa Makanan

Sunday, October 17, 2010

Pengembaraan Di Bumi Kemboja


Kebanyakan Umat Islam di Kemboja masih lagi berada pada tahap kemiskinan dan sara hidup yang serba sederhana. Malahan ramai di antara mereka dilihat terlibat dalam bidang pertanian dan perikanan yang juga menjadi sumber utama kepada isi rumah.




Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan.
Pekerjaan Rasmi Anak-Anak Muda di sana "Membanting Padi" utk Menyara Keluarga


Selain itu hal kanak-kanak kecil bagi saya terlalu menyayat hati. Ada di antara mereka hanya berkaki ayam dan terlalu mudah untuk dijangkiti penyakit. Di dalam kehidupan yang cukup sederhana, ada di antara mereka yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi sudah mampu untuk menyara diri sendiri walaupun di usia yang masih terlalu muda.
Tempat Mempelajari Agama Islam dan dijadikan juga sebagai Sekolah spt Era Malaya tahun 50-an


Dari soal pendidikan pula, Islam disana tetap berkembang dengan pesat walaupun di dalam keadaan yang cukup daif. Dengan berlantaikan tanah dan berbumbungkan awan, tempat pembelajaran dan tenaga pengajar yang cukup terhad tidak mematahkan semangat anak-anak muda di sana untuk mempelajari ilmu agama. Bayangkan bagaimana jika mengutip ilmu di tempat yang cukup memilukan itu tentunya bukan sahaja ilmu yang diajarkan terus diserap tetapi ilmu persekitaran juga dapat di pelajarinya.
Rumah Usang sebegini biasa dimiliki oleh penduduk kemboja

Dari segi Kediaman dan kemudahan asas juga dilihat sesuatu yang serba kekurangan. Memasuki ke dalam rumah mereka membuatkan hati saya cukup tersentuh. Keperluan air juga hanya diperoleh daripada sungai yang terdekat yang belum tentu bersihnya. 

Perkara yang paling menyedihkan yang mungkin ramai di antara rakyat Malaysia tidak tahu ialah umat islam di sana cukup di hina dan di pandang rendah oleh masyarakat lainnya kerana memiliki kehidupan yang cukup daif.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam khususnya, apa yang anda rasa jika terdapat umat islam yang lainnya dihina? Bantulah mereka sedaya-upaya yang termampu.

Saturday, October 9, 2010

Aktiviti dan Kerja Amal Sepanjang Tahun

Sepanjang tahun berbagai-bagai aktiviti dengan dilakukan oleh kami di MASSA ASSOCIATES SDN BHD bersama anak-anak syarikat bagi melahirkan sifat empati dalam diri dan masyarakat terhadap golongan-golongan yang memerlukan. Perjalanan kami ke bumi kemboja telah memberi erti yang cukup besar dan bermakna mungkin boleh dikongsikan bersama-sama pembaca. 

Perasaan ingin tahu dan berada sendiri di negara kemboja serta melihat penderitaan dan kepayahan yang di alami oleh rakyat kemboja membuatkan penulis bertambah-tambah kesyukuran terhadap Ilahi kerana mengurniakan kita semua di Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur. Tidak cukup dengan itu, bersyukur lagi kerana di anugerahkan oleh Allah perasaan ingin membantu yang wujud di dalam hati ini mungkin juga kepada orang lain.

Senarai Nama Pelanggan MASSA ASSOCIATES SDN BHD yang mengambil bahagian.
No 1 : Zanudin Bin Karjan (Mangkubumi Sdn Bhd)
No 2 : Rosita Bin Ibrahim (Mangkubumi Sdn Bhd)
No 3 : Arsad Bin Othman (Camyceria Sdn Bhd)
No 4 : Noriza Binti Zaiton (Camyceria Sdn Bhd)
No 5 : Hassan Abu Bin Rasdan (Ramian Sdn Bhd)
No 6 : Ahmad Rahe Bin Rasdan (Ramian Sdn Bhd)
No 7 : Abu Khanipah Bin Alwi (Ramian Sdn Bhd)
Berikut di paparkan serba sedikit beberapa foto pelaksanaan ibadah qurban yang telah di ambil semasa keberadaan kami di sana:

Senarai Nama Pelanggan MASSA ASSOCIATES SDN BHD yang mengambil bahagian dalam Ibadah Qurban di Kemboja
No 1: Zaini Bin Zainal (Inversys Corporation Sdn Bhd)
No 2 : Jaafar Bin Omar (Inversys Corporation Sdn Bhd)
“Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu…… (Qs. Al-Hajj: 37).

Perjalanan diteruskan lagi di hari kedua. Melihat keadaan yang serba serbi sederhana namun begitu terpancar wajah yang ceria dikalangan penduduk kampung menyambut ketibaan rombongan kami sejak hari pertama seolah-olah ditatang bagaikan menyambut Menteri Besar.
Lagi Senarai Nama Pelanggan MASSA ASSOCIATES SDN BHD dari syarikat Greenberg Corporation Sdn Bhd yang mengambil bahagian Ibadah Qurban di Kemboja
No 1 : Yunus Bin Hashim
No 2 : Norashidah Binti Idris
No 3 : Muhammad Danish Mirza Bin Yunus
No 4 : Dania Suffian Binti Yunus
No 5 : Mahurai Binti Idris
No 6 : Hashim Bin Muhammad

Di sertakan dibawah gambar-gambar semasa tempoh kami berada di sana. 

Sebilangan Penduduk Sedang Menikmati Daging Qurban

Penduduk sedang menunggu agihan daging qurban.
Gotong-royong melapah daging Qurban "Pasti Tiada Yang Terbazir"

Misi dan Visi tentang Ibadah Qurban

Misi tertubuhnya blog ini adalah sebagai jalan mudah mendekati penderma serta memudahkan segala urusan pemahaman berkaitan korban, pengagihan daging korban, gerak kerja yang akan dilakukan dengan sumbangan yang diberikan.

Visinya pula adalah ingin sama-sama melihat supaya seluruh umat islam diserata dunia bersatu padu dan menjadi umat yang paling disegani oleh agama lainnya.

Pengenalan


Assalamualaikum Wbt kepada semua pengunjung blog ini. Tujuan asal penubuhan blog ini adalah bagi membantu masyarakat di kemboja untuk menyambut Hari Raya Korban yang bakal tiba tidak lama lagi.

Hasil daripada siri penjelajahan kami ke negara itu membuatkan semangat berkobar-kobar ingin membantu mengurangkan beban yang di alami oleh penduduk di negara itu.Di kesempatan ini, kami bersungguh-sungguh ingin menyeru sesiapa sahaja terutama umat Islam sendiri supaya turut serta dalam memberikan sumbangan ikhlas dan segala jenis bentuk sumbangan boleh disalurkan di sini.